PENGENALAN
Tugasan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 3 (TST3) merupakan salah satu komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang wajib dilaksanakan oleh murid Tingkatan 3.

TST3 ini memerlukan murid menjalankan penyelidikan sejarah melalui pengaplikasian Kajian Kes yang merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kurikulum Sejarah.

Tahap Penguasaan (TP) Keseluruhan murid hendaklah direkodkan dalam Templat Pelaporan PBD dan Skor Keseluruhan murid dihantar kepada Lembaga Peperiksaan (LP) yang mewakili 20% wajaran daripada markah keseluruhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Sejarah.

PELAKSANAAN TUGASAN
TST3 ditaksir secara individu. Namun begitu, murid boleh menjalankan penyelidikan secara individu atau berkumpulan tetapi laporan TST3 dan pembentangan mesti dibuat secara individu.

TST3 ini dilaksanakan bermula dari bulan Mei hingga Jun. Murid dikehendaki membina penyataan masalah daripada tema atau tajuk yang ditentukan oleh pihak sekolah berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah, iaitu:
a) Tingkatan 1 – Sejarah Kita dan Dunia
b) Tingkatan 2 – Warisan Negara
c) Tingkatan 3 – Kedatangan Kuasa Asing

BAHAN RUJUKAN:

PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN KSSM SEJARAH

TUGASAN KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 3

CONTOH RANGKA TUGASAN SEJARAH TINGKATAN 3